BERITA
Mail Instagram Pinterest RSS
JARINGAN
  • SEKRETARIAT PPIWP

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    No. Tel/Faks: 0123456

    Mengenai PPIWP

    PERSATUAN PELAJAR ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN atau PPIWP merupakan sebuah persatuan pelajar Islam yang berdaftar di bawah Pertubuhan Belia Malaysia. Bergiat aktif bermula sekitar tahun 2007, PPIWP kini telah melebarkan sayap cawangannya sehingga ke 3 bahagian iaitu Cheras, Lembah Pantai dan Putrajaya. Kebanyakan penggerak dan barisan kepemimpinan PPIWP terdiri dalam kalangan mahasiswa dan pelajar sekolah menengah.

    Mail Instagram Pinterest RSS
PPIWP

Protes Pendidikan Percuma

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merupakan antara badan penggerak Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) menyeru seluruh mahasiswa di semua kampus untuk turun beramai-ramai ke Protes Menuntut Pendidikan Percuma pada Jumaat (21 November 2014). Protes serentak ini bertujuan menuntut pendidikan percuma dan membantah penswastaan institut pendidikan.

PKPIM menyatakan kesediaan dan kesetiaan untuk bersama-sama beberapa gerakan mahasiswa yang lain termasuk Pemuda Sosialis Malaysia (PSM), Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Gabungan Mahasisawa Islam SeMalaysia (GAMIS), Gagasan Mahasiswa UITM SeMalaysia (GAMUS, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Pro Mahasisawa Nasional, Independent Student Front (INSTEF), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Sisters In Movement (SIM) dan Angkatan Rakyat Muda (ARM) bagi bersama-sama menggerakkan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

PKPIM menegaskan pendidikan adalah satu keperluan asas dan bukan komoditi. Pendidikan tidak boleh sama sekali diniagakan atau dijadikan sumber perniagaan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, kami mendesak kerajaan melaksanakan segera pendidikan percuma supaya setiap rakyat Malaysia dapat menikmati pendidikan tanpa sebarang halangan.

Merujuk pada artikel yang ditulis oleh Presiden PKPIM, Sdr. Muhammad Fazril bin Saleh yang bertajuk “Fahami Nilai Pendidikan, kembalikan nilai pendidikan”, beliau mengambil kata-kata Dato’ Dr Siddiq Fadzil (2009) dalam kritikannya terhadap pendidikan tinggi masa kini menyatakan:

“Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut. Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti. Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan masyarakat. Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin Dilarang Sekolah.”

Sempena GLOBAL WEEK OF ACTION (TO RECLAIM EDUCATION), PKPIM bersama GMPP akan mengadakan satu PROTES MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA di hadapan KLCC pada 21 November 2014, pukul 2.30 petang. Berpuluh-puluh gabungan anak muda dari seluruh dunia akan mengadakan protes serentak di merata dunia bermula dari (17-22 November 2014) menuntut Pendidikan Percuma dan membantah penswastaan institut pendidikan.

Sebagai gerakan yang cukup konsisten dengan perjuangan pendidikan, selari dengan itu PKPIM menyatakan pendirian untuk bersama menuntut pendidikan percuma dan mendesak pihak kerajaan untuk menyediakan mekanisma yang sesuai untuk pelaksanaan ini dan membebaskan sebarang bentuk komoditi pada pendidikan.

Sehubungan itu, PKPIM bersama GMPP menyeru semua rakyat Malaysia terutama anak muda, mahasiswa/i dan para pelajar untuk turun bersama mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan Pendidikan Percuma untuk rakyat Malaysia dan menyediakan mekanisma sebaiknya untuk pelaksanaan ini.

PENDIDIKAN BUKAN KOMODITI, TUNTUT HAK RAKYAT UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA!

HIDUP BIAR BERJASA

Muhammad Khair bin Sujud
Timbalan Presiden PKPIM

0 comments:

Post a Comment